Tuesday, September 28, 2010

Pegawai daripada Unit Naik Pangkat




Tension sangat ni..kerja yang perlu diselesaikan sebelum berhijrah ke unit yang baru. Wah hebat...

PERTUKARAN JAWATAN PN NORLY

Assalamualaikum...

Kami kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi iaitu Pn Norly. Tarikh kuatkuasa pertukaran beliau ialah 1 OKTOBER 2010. Kebolehannya dalam menguruskan kerja dan sifat yang ramah mesra amat menyenangkan semua pihak yang berhubung dengannya. Terima kasih kerana membantu kami di unit maklumat. Beliau banyak mencurahkan bakti dan memberi idea kepada kami dan unit maklumat keseluruhannya. Mudah-mudahan beliau akan terus success dalam kerjayanya. Insya Allah kami di Unit Pengurusan Maklumat sentiasa memberi kerjasama dan sokongan yang tak berbelah bagi. SELAMAT BERTUGAS DI UNIT NAIK PANGKAT.

Sunday, September 26, 2010

Gambar raya lagi..........



Ketupat rendang menjadi hidangan...

Sambutan Aidilfitri Sektor Pengurusan Maklumat/ICT






Sektor Pengurusan Maklumat/ICT mengadakan jamuan aidilfitri bagi tahun ini (28/09/2010). Banyak juga kuih muih dan masakan lain. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan.

Tuesday, September 21, 2010

Happy Birthday To You..





Bertempat di Pizza Hut Tesco Extra Gelugor. Kami berenam menjamu selera sempena sambutan kelahiran Pn Norly. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insya Allah. Selamat hari lahir....

Monday, September 20, 2010



Thursday, September 2, 2010

Raya tiba lagi!

Persiapan untuk menyambut ketibaan 1 syawal







Kami di Unit Pengurusan Maklumat ingin merasai suasana hari raya. Tambahan pula ada beberapa orang pegawai yang akan bekerja di kala orang lain masih bercuti terutamanya kak norly. sambil-sambil buat kerja bolehlah dia merenung lampu dan ketupat gantung untuk menghayati suasana hari raya . Betul tak?

Tuesday, August 31, 2010

Unit Maklumat di Bulan Ramadhan 2010






Masih bersama di Unit Maklumat JPN. Bulan Ramadhan, Bulan Kemerdekaan dan tak lama lagi nak raya. Semoga kami semua dapat bekerjasama sepanjang bertugas di sini. Insya Allah.