Sepanjang bulan Mei 2016, Unit Pengurusan Maklumat membuat pemantauan di 15 buah sekolah terpilih ( SK, SMK, SJKC, SJKT,SABK, SMKA). Pemantauan memberi fokus kepada Pengurusan Modul Sekolah Online. Antara aspek yang diberi perhatian ialah pengemaskinian data-data profil sekolah, peralatan, asrama, fail-fail pengurusan data dan lain-lain.
Sebelum pemantauan dibuat, Unit Maklumat akan menghantar Borang Instrumen agar pihak sekolah lebih bersedia. Pemantauan ini bertujuan untuk memberi maklumat dan bimbingan kepada Guru Media dan bukannya mencari kesalahan. Semoga lawatan pemantauan ini dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kemahiran pengurusan maklumat terutamanya dalam Modul Pengurusan Sekolah.
Lawatan Pemantauan ke SJKC Poay Wah
Pemantauan di SK Batu Feringghi
Lawatan ke SJKC Tar Thong
Lawatan ke SMA Maahad Al-Mashoor Al-Islami
Lawatan Pemantauan ke SK Titi Teras